![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhp6BS0F1jRoVE0sSA0TF9dr5bHe3Um1F8UsRhtPqFdhRihEGvVkrwi-PC3nyB05c9bOpt5tcLCzRh2W10VQZ0B5lR287UHj0IE-OB_H1jppX0SUHbx4HqBLLibESFRciDxpOsBMPn8QaE/s1600/IMG-20140224-WA0014.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhdU-AfoLi8Re2PXHC6dwRjZ7Lycxn8uoJszx4TTQBcUXc0mWT-RqPb17j6-sx5NNadIzDqv4ZN1loBohOiYepWjOeq1nTtb7jMZrhbHUKKKseLD-mIthdF-Kbr1Qbf0T4r1rkmC5priFY/s1600/IMG-20140224-WA0016.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh0tPJskoeElAh7pPul_AolMiuMMn9lpl3F2yopw8yR-SejUt_qBaXK_gXWM-jMKu0tMqT0kwIuO_XtG_mzKttQBP6LK5N6bjlmRYmywVXVJQJG20f1fI9RtaU5UX7iGK-fWyaBDlXi7Co/s1600/IMG-20140224-WA0017.jpg)
Assalamualaikum.
Alhamdulillah. pada 22 Februari 2014 yang lalu, bermula jam 9 pagi telah berlangsung Mesyuarat Tahunan ABIM Kinta kali ke 39 bertempat di Taski Al-Furqan, Jln Kuala Kangsar.
Mesyuarat dihadiri oleh ahli-ahli yang terdiri daripada ahli ABIM, WADAH dan kakitangan agensi. Turut hadir YDP ABIM Perak, Ust Saidi Adnan.
Sempena mesyuarat telah diadakan bengkel pendedahan tentang kesesatan Syiah, disampaikan oleh Ust Saidi Adnan, YDP ABIM Perak.
Antara kupasan menarik, katanya Syiah menolak para sahabat dalam erti kata lain, banyak riwayat-riwayat tentang al-Quran yang disampaikan oleh para sahabat tertolak juga. Jadi ia bererti tertolak juga al-Quran pada masa sekarang. Namun, pelbagai helah oleh syiah bahawa al-Quran sekarang memang digunakan oleh umat Islam.
Setelah tamat bengkel, mesyuarat dijalankan dengan pelantikan pengerusi tetap. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tn. Hj. Latif.
Agenda mesyuarat berjalan dengan baik setelah pelantikan pengerusi tetap.
Pengumuman line up baru ABIM Kinta 2013/2014 diumumkan oleh YDP ABIM Perak, Ust Saidi Adnan.
YDP ABIM Kinta yg baru dipimpin oleh Sdr. Anas, TYDP Ust Shukri, SU Dr Meor, PSU Sdr. Ahmad Hanbal, Bendahari Sdr. Fairuz.
Mesyuarat tamat jam 12.30 tengahari dengan jamuan makan.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan mesyuarat tahunan pada kali ini.
No comments:
Post a Comment