Friday, July 18, 2014

Buka puasa dan hadiah utk guru, anak yatim

Majlis berbuka puasa bersama anak yatim dari Parit.
Sumbangan duit raya dan kuih raya kepada guru-guru Taski Daerah Kinta.



Wednesday, July 9, 2014

Program Ziarah Hospital dan Sumbangan Ramadhan

Pada 8 Julai 2014 yang lalu, ABIM Kinta telah menganjurkan Ziarah Ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh. Program ini bertujuan menyantuni pesakit dan juga staf selain berkongsi kegembiraan menjalani ibadah dalam bulan Ramadhan. Setiap pesakit dan staf telah disumbangkan sekotak buah kurma hasil sumbangan dermawan. Khas untuk pesakit disumbangkan sebuah buku Ibadah Pesakit terbitan Hospital Al-Islam sebagai panduan untuk ibadah ketika di hospital.

Turut hadir program ini Exco ABIM Daerah Kinta, Exco ABIM Negeri Perak, Helwa ABIM Perak dan Salwa WADAH.



Tangisan Gaza Tangisan Kita

GAZA DISERANG DI BULAN YANG SUCI !!!!!! DOAKAN SAUDARA2 KITA DENGAN QUNUT NAZILAH.

Berikut adalah cadangan Qunut Nazilah dengan baris yang telah diberi baris dan ertinya, agar boleh dibaca oleh orang ramai.

اللهم إِنَّا نَسْتَعِيْنُكَ وَنُؤْمِنُ بِكَ وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ وَنُثْنِيْ عَلَيْكَ الْخَيْرَ وَلَا نَكْفُرُكَ، اَللهم إِيَّاكَ نَعْبُدُ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ، وَإِلَيْكَ نَسْعَى وَنَحْفِدُ، نَرْجُوْ رَحَمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَكَ، إِنَّ عَذَابَكَ الْجَدَّ بِالْكُفَّارِ مُلْحِقُ، اَللهم عَذِّبِ الْكَفَرَةَ وَاَهْلَ الْكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ.

Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan
kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami
menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir dan ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."


Sunday, July 6, 2014

Kembara Amal Ramadhan di KOA Sungai Badok, Ulu Chemor




Persiapan sebelum Kembara Amal Ramadhan

Berkumpul di Kamsis Politeknik Ungku Omar, Ipoh.


Majlis Penyerahan Sumbangan KOA Sg TOnggang

Gambar sekitar majlis penyerahan sumbangan Ramadhan kepada penduduk KOA Sungai Tonggang, Ulu Kinta. Terima kasih kepada semua penyumbang. Semoga Allah membalasnya di akhirat kelak.

Tuesday, July 1, 2014