Thursday, June 26, 2014
Sunday, June 22, 2014
Thursday, June 19, 2014
Jemputan ke Karnival Musimah
Dijemput hadir kpd golongan hawa pada sabtu ini.. ada ceramah dan forum yang cukup bermanfaat, ada gerai jualan busana Muslimah spt Butik Inspirasihana (www.inspirasihana.com) termasuk fesyen show, jualan makanan, medical check-up, klinik pergigian utk check-up gigi, ujian pap smear dan sebagainya. Jadi marilah hadir beramai-ramai.Yuran pendaftaran PERCUMA..
Forum Remaja "Jiwa Orang Muda".
Program Forum Remaja "Jiwa Orang Muda" anjuran ABIM Daerah Kinta dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Kinta dan Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh pada 17 JUn 2014 (Selasa). Terima kasih kepada semua yang telah menjayakannya tempoh hari termasuk pihak Politeknik Ungku Omar, Sek. Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh dan Sek. Izzuddin Shah, Ipoh yang telah menghantar pelajar-pelajar hadir bersama dan semua Imam, AJK Masjid dan seluruh ahli qariah Masjid Sultan Azlan Shah Ipoh.
Saturday, June 14, 2014
Sukaneka TASKI ABIM Daerah Kinta 2014
Tahniah ke atas semua yang terlibat dalam penganjuran Sukaneka TASKI ABIM Daerah Kinta 2014 di IPG Ipoh, Ulu Kinta, Perak pada 10-11 Mei 2014 yang lalu. Tahun ini adalah tahun kejayaan bersama semua exco ABIM Kinta, ahli2 Penasihat LPT, Taski Management Services (TMS) dan Guru-guru TASKI ABIM Kinta terutama dari Taski Abim Asy-Syakirin. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan sumbangan sahabat2 exco dan guru-guru semua. Tahun depan kita berjumpa lagi... Selamat Hari Guru.
Jom Kembara Amal Ramadhan 1435/2014
Assalamualaikum Wrt. Wbt... kepada semua sahabat2, rakan2, saudara mara jauh dan dekat sempena Ramadhan menjelang tiba ABIM Daerah Kinta dgn kerjasama ABIM PERAK serta Surau Syed Jamalullail Ampang B Ipoh dan Surau Al-Ansar Seri Palma Bandar Seri Botani Ipoh, Perak akan mengadakan Program Sumbangan Ramadhan Sekampit Beras dalam bentuk barang 1 set (Beras 5 Kg, Gula 1Kg, Tepung 1Kg, Minyak Masak Paket 1Kg dan teh 100gram Boh @ Lipton =RM25) atau wang tunai RM25.. Sumbangan ini akan disumbangkan kpd masyarakat Islam orang Asli di dua perkampungan sekitar Ulu Chemor dan Tanjung Rambutan. Sasaran kutipan Sumbangan sebanyak 120 set makanan mentah akan diserahkan kpd 120 keluarga pada minggu pertama Ramadhan. Sahabat2 dan rakan2 yang berminat boleh hubungi saya melalui FB, whatapps atau hp saya 0195551103 atau wakil Surau Syed Jamalullail Pn. Rosyidah 0175837122 dan wakil Surau Seri Palma Ust. Wan Hafiz 0129297302. Sumbangan anda semua amat diharapkan utk menjayakan program ini yang bertemakan SEIKHLAS BUDI SEMURNI RAMADHAN.... semoga program ini akan mendapat keredhaan Illahi..
Kursus Guru Siri 5
Kursus dan Bengkel Sistem Ejaan Jawi Yang Disempurnakan utk Guru2 TASKI ABIM Dan Pra-Sekolah SERI ABIM seluruh negeri Perak yang dikendalikan oleh Guru Pakar Jawi Ustaz Salehuddin Arshad dari JPN Perak.

Subscribe to:
Comments (Atom)







