Friday, April 18, 2014

TASKI ABIM Nurul Huda 2 anjur bacaan yasin dan doa selamat




Demi untuk merapatkan ukhuwwah sesama ibu dan bapa penjaga pelajar, TASKI ABIM Nurul Huda 2 menganjurkan majlis bacaan yasin dan doa selamat pada 19 April 2014 yang lalu.

Majlis bermula dengan solat maghrib di surau berdekatan dan diteruskan dengan bacaan yasin dan tahlil di taski tersebut.

Turut hadir, YDP ABIM Kinta dan juga guru-guru TASKI berdekatan.

Wednesday, April 16, 2014

Perkongsian "Ahmad Ammar" bersama guru-guru TASKI






Kedatangan Bapa "Ahmad Ammar", Tn. Hj. Ahmad Azam Abdul Rahman ke Ipoh tidak disia-siakan, satu majlis ringkas bersama bapa kepada tokoh anak muda itu telah dilaksanakan pada 12 April 2014 yang lalu bertempat di SERI Al-Ummah, Chepor.

Majlis dihadiri oleh guru-guru TASKI dan SERI Al-Ummah bertujuan berkongsi pengalaman serta pendekatan bapa dan ibu "Ahmad Ammar" dalam mendidik anak.

Sunday, April 13, 2014

Jalin ukhuwwah ibu bapa, guru TASKI Al-Hilal














Pada 13 April 2014 yang lalu, atas inisiatif Badan Amal Keluarga ABIM TASKI As-Salam dan guru, telah mengadakan Hari Keluarga bertujuan merapatkan hubungan kekeluargaan antara ibu bapa dan guru selain membina kekuatan dalam memberi sumbangan kepada TASKI.

Program bermula dengan sesi tazkirah oleh Sdr. Ramdani Abdul Karim, Exco ABIM Daerah Kinta dan ramah mesra bersama ibu bapa.

Setelah itu diadakan sukaneka pelajar dan juga ibu bapa. Majlis berakhir dengan sesi penyampain hadiah dan cenderahati.

Turut hadir memeriahkan majlis, Ust. Shukri, Timbalan YDP ABIM Daerah Kinta sekeluarga dan En. Supaat bin Zakaria, Pengerusi Lembaga Pengelola TASKI ABIM Daerah Kinta sekeluarga.

Wednesday, April 9, 2014

Wakil ABIM Kinta ke Majlis Perundingan Belia Daerah Kinta Penggal 1 2014

Pada 8 April yang lalu, ABIM Kinta telah menyertai Majlis Perundingan Belia Daerah Kinta Penggal 1/2014 bertempat di Hotel Seri Malaysia, Ipoh.

ABIM Kinta diwakili oleh Timbalan Yang Dipertua, Ust Shukri bin Md Isa.
.






Tuesday, April 1, 2014

Kursus Perguruan Siri Ke 4

Saban tahun, atas inisiatif Lembaga Pengelola TASKI (LPT) ABIM Daerah untuk mengangkat martabat guru-guru TASKI, LPT telah menganjurkan Kursus Perguruan Siri Ke-4.

Kursus bertempat di Politeknik Ungku Omar, disampaikan oleh dua pensyarah daripada IPG Kampus Ipoh iaitu En. Zulkufli bin Mahayudin dan En. Abdul Aziz bin Shamsuddin.

Kursus bermula dengan perasmian oleh Ustaz Firdaus, Exco Dakwah dan Tarbiah ABIM Daerah Kinta.

Majlis yang berlangsung selama 2 hari bermula 24 hingga 25 Mac 2014 mendapat sambutan yang menggalakkan di mana penyertaan juga diterima daripada guru-guru TASKI luar Daerah Kinta seperti Larut dan Matang, Manjung, dan lain-lain tempat.

Turut hadir memeriahkan perasmian kursus, Ust Shukri, Timbalan Yang Dipertua ABIM Daerah Kinta.