Thursday, March 13, 2014

ABIM Kinta sertai Tamrin ABIM Bandaraya





Exco dan Ahli ABIM Kinta telah menyertai Tamrin ABIM Bandaraya pada 7 Mac 2014 bertempat di Surau Seri Al-Ummah, Chemor.

Pengisian Tamrin oleh Pimpinan ABIM dan WADAH Negeri.

Pada sebelah pagi pada 8 Mac, diadakan Qiamullail.


Pertemuan Mingguan 3/2014





Pertemuan diadakan dilaksakan di rumah Dr Meor, SU ABIM Kinta.

Majlis bermula dengan Solat Maghrib berjamaah dan bacaan Al-Ma'thurat.

Membaca Tanbihul Ghafilin, masih pada adab dengan jiran. Intipatinya, penting kenal jiran sehingga jika mati kita sedangkan 3 jiran meredhai, masuk syurga insya Allah.

Setelah itu solat isyak dan makan malam.

Tadabbur at-taubah ayat 111.


Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

intipati:

1. segala penat lelah demi untuk Islam, itulah jual beli kita dengan Allah..
2. infaq kita rm10 setiap minggu itu jual beli.
3. yg kita beri, buat itu gantinya dengan syurga. lebih besar tak sepadan dengan apa yg kita buat.
4. perniagaan sangat rapat dengan manusia. ada untung dan rugi. berniaga dengan Allah tidak rugi.
5. setiap ahli perlu berniaga.

kehadiran sangat baik.

majlis berakhir dengan perbincangan aktiviti dan isu semasa.

Pertemuan Mingguan (2) / 2014

Pertemuan Mingguan Ke-2/2014 dilaksakan di Menglembu bertempat di Rumah Hj Latif.

Majlis bermula dengan solat maghrib berjamaah di surau yang berdekatan, diikuti dengan bacaan al-Ma'thurat Sughro.

Setelah itu bacaan Tanbihul Ghofilin pada bab Adab Berjiran.

Antara intipati bacaan adalah, berjiran itu tidak kira agama dan bangsa. Beberapa perkara yang harus ditunaikan sebagai jiran
1. ziarah jiran apabila sakit
2. bantu jiran apabila ditimpa sebarang musibah
3. mendoakan keselamatan jiran apabila jiran mendapat perkara yang baik.
4. dll

Setalah itu solat isyak berjamaah di surau berdekatan dan santapan malam.

Usrah disambung dengan tadabbur al-Quran, surah At-Taubah ayat 109-110.


Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar takwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan orang yang membangunkannya ke dalam api Neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayat petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

(Keruntuhan masjid) yang dibina oleh mereka yang munafik itu sentiasa menjadi penyakit syak dan keluh-kesah (lebih daripada yang sedia ada) dalam hati mereka, (dan tidak akan habis) kecuali (apabila) hati mereka hancur-luluh (dalam tanah). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

antara intipati tadabbur ayat tersebut adalah

1. pembinaan sebuah masjid perlu meletakkan asas taqwa atau niat ikhlas kerana Allah.
2. kerja2 imarah masjid juga hanya untuk mendapat keredhaan Allah bukan pujian manusia.
3. tidak meletakkan masjid sebagai tempat untuk berlumba2 dengan masjid lain maksudnya pada perkara yang merugikan, seperti hiasan yang melampau dan sebagainya.

majlis tamat dengan sesi isu semasa dan makluman aktiviti terdekat.

kehadiran adalah baik. pertemuan turut dihadiri oleh pengerusi WADAH Perak dan Exco Negeri.





Wednesday, March 12, 2014

Hari Silaturrahim TASKI As-Syakirin 2014






Pada 8 Mac 2014 yang lalu, TASKI ABIM Asy-Syakirin mengadakan Hari Silaturrahim dan pertandingan puzzle. Ia diadakan dalam keadaan sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa.

Program bermula seawal jam 8 pagi dengan pertandingan puzzle.

Kehadiran daripada pelajar dan ibu bapa sangat baik.

Dalam pada itu, diadakan juga perbincangan untuk diadakan penubuhan Badan Amal Kebajikan ABIM (BAKA) Taski tersebut. Ia berperanan sebagai perantara antara guru, murid dan ibu bapa.

Oleh yang demikian, seoorang ibu bapa telah dilantik untuk menjadi pengerusi BAKA dan seorang lagi timbalan pengerusi BAKA.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Sdr. Anas, YDP ABIM Daerah Kinta, Sdr Ramdani, Penyelaras TASKI Asy-Syakirin dan Sdr. Syapaat, Exco Pendidikan ABIM Kinta merangkap Pengerusi Lembaga Pengurus Tadbir TASKI ABIM Kinta.

Majlis berakhir dengan sesi jamuan makan pot luck daripada ibu bapa.



 



Sunday, March 2, 2014

TASKI ABIM Al-Furqan anjur mesyuarat BAKA dan rai pelajar cemerlang

Pada 2 Mac 2014, TASKI ABIM Al-Furqan menganjurkan Majlis Anugerah Cemerlang dan Mesyuarat Tahunan Badan Amal Keluarga ABIM (BAKA) bertempat di Kompleks Pendidikan Al-Furqan Masjid Al-Aulia', Jalan Kuala Kangsar.

Majlis bermula seawal pukul 9 pagi, dihadiri oleh ibu bapa pelajar TASKI tahun 2013 dan 2014.

Turut hadir adalah Exco Pendidikan ABIM Kinta, Sdr. Supaat bin Zakaria dan Exco Biro Perhubungan Kinta, Sdr. Shahrul Adzhar bin Zakaria.

Majlis bermula dengan ucapan pengerusi seterusnya bacaan doa dan al-Quran oleh pelajar TASKI ABIM Al-Furqan.

Ucapan aluan majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi BAKA En. Megat Jalaluddin bin Megat Hassan. Dalam ucapannya beliau menyentuh tentang ABIM di mana pendidikan menjadi teras kepada organisasi tersebut. Selain itu, TASKI diasaskan bukan atas dasar keuntungan dan harus dibantu oleh semua.

Majlis ini dirasmikan oleh Ust. Muhd Anas bin Mohd Ridzwan, YDP ABIM Daerah Kinta. Dalam ucapannya, beliau menyarankan agar ibu bapa terus membantu dalam menjayakan misi institusi pendidikan Islam.

Majlis diteruskan dengan mesyuarat BAKA dengan pembubaran jawatakuasa 2013 dan mengundi untuk pelantikan jawatankuasa 2014.

Dengan cadangan dan sokongan yang dibuat, En. Zulkernain bin Abduullah Sani dipilih sebagai Pengerusi BAKA sesi 2014. Manakala En. Mohd Norazlan dipilih sebagai timbalannya.

Majlis tamat dengan ucapan penangguhan oleh pengerusi BAKA yang baru dan penyampaian hadiah dan cenderahati kepada pelajar TASKI.

Pihak ABIM Kinta mengucapkan ribuan terima kasih semua ibu bapa yang terus menyokong dan memberi bantu dalam menjayakan agenda pendidikan Islam kepada kanak-kanak Islam terutamanya yang berada di sekitar Ipoh.

Tahniah juga kepada semua yang menjayakan program kali ini.








Sekian.

TASKI ABIM As-Salam anjur Mesyuarat Tahunan BAKA

Pada 2 Mac 2014, TASKI ABIM As-Salam anjur Mesyuarat Tahunan Badan Amal Keluarga ABIM (BAKA).

Kehadiran ibu bapa amat memberansangkan. Majlis dirasmikan oleh Timbalan Yang Dipertua ABIM Daerah Kinta, Ust Shukri bin Mohd Isa.






Sekian.